Dec
27
2010

Visited 1049 times, 6 so far today

Konsep Bisnes Domain

Bisnes Domain merupakan bisnes yang sangat menguntungkan jika marketing dan strategi yang digunakan berjaya. Secara kasarnya, bisnes domain adalah bermaksud membeli nama-nama domain dan menjualnya kembali pada harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan. Biasanya keuntungan yang boleh kita dapat adalah dalam lingkungan 100% atau lebih contohnya anda membeli domain yang berkualiti pada harga USD $1.00 (Promosi Harga .com di GoDaddy) dan menjualnya kembali mungkin pada harga USD $25 atau mungkin pada harga USD $200.

Lain- lain keuntungan yang boleh didapati dengan menjual domain:

  1. Membeli domain berkualiti daripada forumer-forumer domain pada harga murah dan menjualnya kembali kepada reseller atau end customer.
  2. Membina website menggunakan domain yang berkualiti dan menjualkannya pada harga yang tinggi.

Walau bagaimanapun, bisnes ini tidaklah mudah seperti yang anda sangkakan kerana seperti juga bisnes-bisnes yang lain, kita perlu laburkan wang dan tenaga untuk mendapatkan domain yang berkualiti + mencari customer yang minat untuk membeli.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang domain, anda boleh membeli ebook Jutawan Domain oleh Encik Zuljamil. Saya juga ada membelinya dan ebook ni merupakan satu-satunya ebook Bahasa Melayu yang lengkap untuk penjual-penjual domain.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Google Bookmarks

Leave a comment

Advertisement

Penaja

Chat