Dec
28
2010

Visited 1120 times, 3 so far today

Ciri-Ciri Domain Yang Berkualiti dan Senang Terjual

Post-post sebelum ini banyak yang saya tekankan untuk mendapatkan domain yang berkualiti. Domain yang berkualiti semestinya akan mendapat permintaan daripada pembeli. Antara ciri-ciri domain yang berkualiti adalah:

  • Domain Berbentuk Keyword

Domain yang mempunyai hanya satu atau dua perkataan sahaja contohnya Money.com, MakeMoney.com, GetRich.com, Kawan.com, dan lain-lain. Malangnya, semua domain English satu perkataan sudah Sold Out dan kebanyakan domain dua perkataan sudah diambil. Namun, domain yang berbahasa Melayu masih banyak lagi yang belum diambil.

  • Domain Yang Mudah Diingat

Domain jenis ini yang banyak berada dipasaran. Anda boleh dapatkan domain jenis ini contohnya seperti Kororo.com, eKawan.com, Wasabee.com dan lain-lain. Domain yang mudah diingat selalunya dibawah 8 huruf.

  • Domain .Com Sahaja

Walaupun terdapat banyak jenis extension (.com, .net, .org, etc), hanya extension .com sahaja yang sangat bernilai dan popular. Ia ibarat maharaja di dalam dunia domain. Jika ingin membeli extension yang lain pun boleh tetapi domain tersebut perlu mempunyai sejarah, berusia lama dan berbentuk keyword.

  • Domain Yang Terdiri Daripada Huruf Premium

Disebabkan kebanyakan end customer berasal dari USA/UK, domain yang terdiri daripada huruf premium amatlah digalakkan. Huruf-huruf premiunya ialah: A, B, C, D, E, F, G, H, I, L, M, N, O, P, R, S, dan T.

  • Domain Yang Tiada Hyphen dan Nombor

Hyphens dalam Bahasa Melayunya adalah sengkang contoh Get-Rich.com, Good-Wellness.com. Domain yang bernombor pula adalah seperti n0mb0r.com, G3tRich.com dan lain-lain. Domain ini agar sukar ditaip dan sukar diingat sebab selalunya orang hanya taip huruf dan selalu terlupa letak hyphens dan nombor.

Semoga tips ini dapat membantu anda membeli domain yang berkualiti sama ada untuk website sendiri atau juga untuk dijual. Nama domain adalah lambang keperibadian kita. :)

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Google Bookmarks

Leave a comment

Advertisement

Penaja

Chat