Dec
29
2010

Visited 1366 times, 8 so far today

Fakta Menarik Minuman Milo

Milo adalah merupakan minuman campuran antara serbuk coklat dan malt di mana minuman Milo ini sangat popular di kebanyakan negara seperti Malaysia, Indonesia, New Zealand dan lain-lain. Di Malaysia, Milo ini sudah sebati dengan diri masyarakat dan rasanya 99% rakyat Malaysia mesti pernah merasai kenikmatan Milo walaupun sekali. Hehe! Jadi, ini antara info-info Milo yang mungkin anda tidak ketahui:

  • Minuman yang lazat dan enak ini diasaskan oleh Thomas Mayne dari Australia dan berada di pasaran sejak tahun 1934 lagi.
  • Nama Milo diambil daripada nama seorang atlit Greek iaitu Milo of Crotona yang mempunyai kekuatan yang dahsyat (Hulk zaman Kuno).
  • Warna hijau pada tin tidak pernah berubah sejak tahun 1934 lagi dan gambar atlet sukan yang terdapat pada tin merupakan ciri-ciri tin Milo di seluruh Dunia.
  • Malaysia adalah negara yang mempunyai peminum Milo paling banyak di dunia  dan 90% market Milo adalah di Malaysia sahaja.
  • Antara versi-versi Milo yang popular adalah Neslo, Milo Tabur, Milo Dinosour, dan Milo Godzilla.
  • Minuman Milo mempunyai tenaga yang tinggi iaitu 1,760kJ dalam setiap 100g dan sebab itu ianya digelar “Energy Food Drink”.

Jadi, minumlah Milo supaya anda jadi sihat dan kuat! ^__^

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Google Bookmarks

About the Author:

Leave a comment

Advertisement

Penaja

Chat