Jun
30
2011

Visited 787 times, 6 so far today

Kenapa Saya Suka Komputer Saya?

Kenapa Saya Suka Komputer Saya?

Soalan yang memggelikan hati saya kerana saya tak suka komputer saya! Komputer saya dah la buruk, lembab macam kura-kura dan juga tak menarik langsung sampai kena letak laptop skin. Nak start up komputer saya, 10 minit pun tak habis lagi loadingnya. Dulu pernah juga saya menghentak komputer saya kerana off tiba-tiba apabila sedang menyiapkan tesis. Bayangkan tesis yang saya taip selama 4 jam hilang begitu saja! Memang rasa nak campak kat laut di Kepulauan Spratly!

 

Kenapa saya suka komputer saya?

Soalan ni masih berenang-renang dengan gembiranya di dalam kotak fikiran saya. Wargh! Jawapan saya tetap sama iaitu saya tak suka komputer saya! Komputer huduh saya itu banyak part-part yang rosak sampai nak connect Wifi pun sejam.  Nak main game Dota yang simple tu pun tersekat-sekat apatah lagi kalau open Adobe Photoshop.

 

Kemudian…

Hati saya mula menangis apabila mengenangkan komputer saya yang buruk itu.Walaupun komputer saya banyak kekurangannya tapi beliau berjaya menjalankan tugasnya dengan baik.  Komputer saya tetap berdiri teguh berkhidmat dengan saya selama 5 tahun Tanpa Format! Tetap berdiri teguh tanpa Blue Screen dan tetap berdiri teguh membantu saya menyiapkan tesis saya sehingga saya berjaya mendapat sijil Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia.

Komputer saya juga banyak mengajar saya mengenai dunia Internet Marketing. Dahulu, saya memang  tak tahu langsung tentang blog, hosting atau menjana wang di internet.  Namun kini, saya mampu membuat blog dalam sekelip mata, beli hosting,, jana wang dengan Adsense, Clickbank, Amazon dan banyak lagi.

 

Kenapa saya suka komputer saya?

Saya tak suka komputer saya tapi saya SAYANG komputer saya! Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kerana telah banyak membantu dan berbakti kepada saya. Sesungguhnya komputer saya itu tetap saya ingat hingga ke akhir hayat.

 

Artikel ini adalah untuk peraduan Kenapa Saya Suka Komputer Saya. Untuk menyertainya, layari Blog AnjungPC dot Com. Jom sertai sekarang!

 

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Google Bookmarks

About the Author:

2 Comments + Add Comment

  • saya benci laptop saya, tapi saya takdak duit nak beli baru..

    • duit dah banyak nanti boleh beli.. :D

Leave a comment

Advertisement

Penaja

Chat