Apa Itu Domain?

Domain merupakan nama untuk sesebuah blog atau website yang mempuyai akhiran seperti .com, .net, .my dan lain-lain.

Katakan kita nak melayari website Shopee untuk membeli barang online, kita akan taip ‘shopee.com.my’ di browser internet dan benda yang kita taip itulah dikatakan domain website.

Walaupun terdapat pelbagai jenis domain di dalam internet, bagi saya domain yang paling terbaik untuk dibeli adalah domain jenis Top Level Domain (TLD) iaitu domain yang mempunyai akhiran .com.

Jika anda perasan, domain untuk blog saya ini ialah IMKickstart.com dan kalau anda ingin membina blog sendiri, belilah domain .com.

Di dalam post ini, saya akan beritahu anda 3 tempat terbaik untuk anda membeli domain .com dengan harga yang murah dan senang untuk kita uruskan.

1. Namecheap.com

Namecheap.com ditubuhkan pada tahun 2000 dan merupakan syarikat daripada Arizona, USA.

Mereka diiktiraf sebagai pendaftar terakreditasi oleh Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICAHN).

Mengikut statistik, mereka mempunyai 3 juta pelanggan di seluruh dunia dan mereka menguruskan lebih dari 7 juta domain (termasuklah domain saya).

Website Namecheap.com merupakan pilihan utama saya jika ingin beli domain .com kerana harganya amat berpatutan dan akan dapat domain privacy secara percuma.

Harga untuk renew domain selepas setahun juga tidak ‘cekik darah’ seperti tempat-tempat lain.

Proses untuk membeli domain disini juga mudah kerana tidak banyak ‘upsell’ yang perlu kita lalui dan interfacenya juga mudah untuk difahami.

Ketika entry ini ditulis, anda boleh membeli domain .com di Namecheap pada harga $8.16 setahun (termasuk ICANN fee) atau bersamaan dengan RM32.64.

Dalam banyak-banyak tempat beli domain .com yang pernah saya guna, support Namecheap adalah paling tip-top setakat ini.

Jika anda menghadapi sebarang masalah untuk setup domain .com, jangan malu-malu untuk menghubungi mereka melalui live chat atau email kerana staf mereka sedia untuk membantu kita.

2. Godaddy.com

Godaddy.com merupakan tempat beli domain paling well-established kerana syarikat ini telah pun wujud sejak 20 tahun lepas.

Godaddy juga merupakan pendaftar domain paling besar di dunia kerana lebih daripada 75 juta domain telah didaftarkan disini dan mempunyai 17 juta pelanggan di seluruh dunia.

Godaddy.com merupakan pilihan saya ke-2 kerana harga domain .com yang ditawarkan juga agak murah lebih-lebih lagi jika anda first time jadi customer.

Ini kerana Godaddy berikan offer beli domain .com untuk tahun pertama cuma dengan harga $1.17 (termasuk ICANN fee) atau bersamaan dengan RM4.68 untuk pelanggan baru mereka.

Sangat berbaloi!

Namun, ada satu benda yang tak best dengan Godaddy iaitu mereka banyak upsellkan produk mereka.

Untuk membeli domain di sini, pastikan kita semak kembali bahagian Checkout sebelum buat pembayaran untuk mengelakkan kita daripada membeli upsell-upsell mereka.

Untuk customer lama, ada offer domain murah juga cuma kita kena guna sedikit trick untuk beli domain .com dengan harga 30-50% lebih murah dari yang ditunjukkan di website Godaddy.

Caranya ialah kita kena search kupon-kupon diskaun Godaddy di internet dan saya sarankan anda cari dalam thread forum ini:

Pastikan anda klik nombor post yang paling hujung sekali untuk dapatkan kupon diskaun yang terkini dan masukkan dalam ruangan promo code ketika membeli domain di Godaddy.com.

3. Serverfreak.com

Untuk membeli domain .com di Namecheap dan Godaddy, kita perlukan sama ada kad kredit, kad debit atau Paypal untuk membuat pembayaran.

Jika anda tidak mempunyai kad-kad tersebut atau akaun Paypal, saya sarankan anda membeli domain .com di Serverfreak.com.

Serverfreak ialah syarikat pendaftar domain/hosting dari Malaysia dan merupakan syarikat established dari Klang, Selangor.

Harga domain .com di Serverfreak mahal sedikit iaitu RM50 setahun dan kita boleh membayar domain .com melalui online banking atau ATM transfer.

Apa yang menarik tentang Serverfreak ialah mereka mempunyai live chat dengan respond yang agak pantas.

Jika tiada domain atau hosting untuk bina blog sendiri, anda boleh ambil pakej Wordpess Hosting daripada Serverfreak.

Ini kerana anda akan menerima domain .com percuma secara lifetime selagi mana anda menjadi pelanggan pakej WordPress Hosting mereka.

Nanti saya akan buat review pakej WordPress Hosting daripada Serverfreak.com untuk mereka yang berminat.

Rumusan

Domain adalah branding yang sangat penting untuk blog atau website kita.

Jadi, pastikan anda membeli domain di pendaftar domain yang established dan mempunyai interface yang senang faham.

Walaupun terdapat banyak tempat untuk kita daftar domain .com di dalam Internet, namun tiga tempat ini ialah pilihan saya dan paling terbaik setakat ini.

Anda daftar domain .com di mana?

Jom kongsikan dengan saya dengan komen dibawah.

Semoga bermanfaat!