Saya ini memang hantu Canva.com!

Biasanya bila masuk bab design grafik, ramai diantara kita akan give up.

Bukan semua orang pandai bab design ini termasuklah saya. 😁

Nak tunggu ilham keluar untuk hasilkan grafik yang cantik dan nampak high class memang payah.

Selain itu, kita juga perlu mempunyai akses kepada perisian editor yang sesuai untuk buat design-design ini.

Biasanya ramai yang akan pilih editor seperti Adobe Photoshop CC atau Affinity Designer.

Walau bagaimanapun, boleh tahan juga harga perisian ini. Huhu..


Berapa Harga Adobe Photoshop CC dan Affinity Designer?

Harga untuk Adobe Photoshop CC dan Affinity Designer:

Untuk Adobe Photoshop CC , harga langganannya ialah sekitar RM47 sebulan atau bersamaan dengan RM565 setahun.

Manakala Affinity Designer pula ialah sekitar RM105 (dengan diskaun) dan RM199 (tanpa diskaun) untuk penggunaan seumur hidup.

Bagi blogger pemula (macam saya), ada pilihan perisian editor yang jauh lebih murah dan mudah untuk digunakan iaitu Canva.com.


Apa Itu Canva.com?

Canva.com ialah laman web atau online editor design grafik yang mudah untuk digunakan.

Ada pelbagai jenis template profesional yang boleh digunakan seperti gambar profil media sosial, banner blog, logo website, flyers dan banyak lagi.

5 sebab kenapa saya suka gunakan Canva.com ini ialah:


1. Percuma!

Canva.com ini percuma sahaja untuk digunakan.

Walaupun percuma, tetap boleh menghasilkan pelbagai jenis design grafik yang memukau dan berkualiti.

Kita juga boleh upgrade ke pakej premium untuk mendapatkan akses ke lebih banyak lagi fungsi menarik.

Namun untuk permulaan, tidak perlu pun fungsi berbayar tersebut.

Guna pelan percuma sahaja pun dah macam-macam yang boleh kita design.


2. Design Template Banyak

Anda nak buat design grafik untuk apa?

Ada pelbagai jenis design template yang boleh dipilih untuk bermacam-macam tujuan. Antara template design yang ada dalam Canva ialah:

  • Presentation
  • Facebook Post
  • Poster
  • Facebook Cover
  • Instagram Post
  • Logo
  • Blog Banner
  • Twitter

Dan banyak lagi.

Kalau anda seorang internet marketer pula, lagilah seronok guna editor Canva ini sebab boleh design ebook yang cun dan premium.

Ambil template sedia ada di dalam Canva dan olah design dengan menggunakan kreativiti sendiri.


3. Pelbagai Jenis Format dan Saiz

Dari segi format dan saiz, kita diberikan pelbagai jenis pilihan.

Nak nampak hipster? Ada font dan design yang sesuai.

Nak nampak profesional? Pun ada font dan design yang sesuai.

Dari segi saiz untuk tulisan dan gambar juga disediakan pelbagai jenis variasi.

Jika kita ingin buat saiz custom pun tiada masalah.

Segalanya boleh diubah mengikut kesesuaian design.


4. User Interface Yang Simple dan Mudah Digunakan

Satu kelebihan Canva.com berbanding perisian atau editor yang lain ialah dari segi interface.

Kita tidak akan diserabutkan dengan pelbagai jenis fungsi yang memerlukan masa untuk belajar satu per satu.

Dengan Canva, semuanya mudah untuk kita belajar, faham dan kuasai.

Ia tidak memerlukan penguasaan dan kemahiran yang kompleks seperti menggunakan Photoshop atau Affinity.


5. Perlukan Akses Internet Sahaja

Canva merupakan perisian editor grafik yang tidak perlu dimuat turun atau diinstall di dalam komputer.

Kita tidak perlu dapatkan laptop atau komputer dengan spec tinggi seperti menggunakan perisian yang lain.

Apa yang perlu kita buat hanya layari Canva.com dan daftar akaun di sana.

Kemudian, login akaun dari mana-mana komputer atau laptop menerusi Google atau browser lain.

Yang penting akses internet kena ada.


Penutup

Macam mana? Menarik bukan perisian online Canva.com untuk buat design grafik blog dan lain-lain?

Kalau anda belum pernah menggunakannya lagi, saya sangat sarankan untuk mencubanya terlebih dahulu.

Kita boleh selesaikan pelbagai jenis masalah berkaitan design dengan mudah sambil-sambil mengasah kreativiti yang ada.

Semoga bermanfaat!


Saiful Azwan
Saiful Azwan

Merupakan pekerja sepenuh masa yang meminati dunia blogging dan pemasaran Internet.