Ramai orang yang berminat untuk menjana pendapatan melalui bisnes tetapi tidak tahu bagaimana nak mula dan tiada modal besar.

Ada juga yang telah start berbisnes tetapi selalu rugi kerana menjual produk yang tiada permintaan. Adakah anda tergolong dalam kategori tersebut?

Jika ya, maka anda perlu join program ini.

Di dalam entry kali ini, saya akan membuat review tentang Program Formula MB2000 oleh Faisal Abdullah yang telah saya sertai sebelum ini.

Siapa Faisal Abdullah?

Sebelum saya review kursus ini, jom kita kenal dahulu siapa tuan Faisal Abdullah.

Bagi sesiapa yang belum mengenali Faisal Abdullah, beliau merupakan founder Nasihat Niaga  iaitu syarikat yang membantu dan  memperkasakan usahawan-usahawan baru melalui latihan yang dijalankan.

Sehingga kini, Faisal Abdullah telah membantu ramai usahawan sehingga ada diantara mereka mampu menjana pendapatan 7 hingga 8 angka setahun.

Selain daripada Program Formula MB2000 ini, latihan-latihan lain yang telah dihasilkan oleh Faisal Abdullah ialah seperti Program SMART 7, Kursus Asas Urus Wang, Program Shogun Email dan lain-lain.

Apa Itu Program Formula MB2000?

Untuk kita mula menjana 7-8 angka dalam bisnes, kita perlulah belajar bagaimana untuk hasilkan sales yang kecil terlebih dahulu.

Oleh itu, program Formula MB2000 ialah program yang mengajar usahawan untuk memulakan bisnes yang menjana Rm2000 dalam masa 48 jam tanpa perlu ada modal, tanpa perlu buat iklan FB ads, tanpa staff dan yang bestnya walaupun anda belum ada produk lagi.

Kos untuk menyertai program ini ialah sebanyak RM250 tetapi anda boleh dapatkan harga diskaun pada masa tertentu.

Bagi saya program ini sangat berbaloi kerana padat dengan material pembelajaran dimana anda akan dapat akses ke produk-produk berikut:

  1. 4 sesi webinar mingguan Program Formula MB2000
  2. Video rakaman live group coaching MB2000
  3. Video rakaman Bengkel Simple Tapi Power (video ini sangat power kerana harga asal ialah RM300 tapi anda akan dapat percuma sahaja!)
  4.  Sesi coaching bulanan yang dijalankan oleh tuan Faisal Abdullah sendiri
  5. Akses ke FB Group yang terdiri daripada 8,200 usahawan termasuk jutawan-jutawan
  6. Serta bonus-bonus lain…

Sesi Webinar Minggu 1: Cari Produk

Dalam sesi webinar Minggu 1, anda akan diajar rahsia bagaimana untuk mencari produk atau servis yang ada permintaan tinggi.

Ada 5 kaedah yang anda boleh gunakan untuk mencari produk atau servis hot dan salah satu kaedahnya ialah berdasarkan hobi yang kita minat.

Contohnya jika anda hobi menyanyi, mungkin anda boleh buat bisnes menyanyi di kenduri kahwin.

Untuk 4 kaedah yang lain, anda boleh study dalam sesi webinar Minggu 1 ini kerana kaedah yang diajarkan memang lain daripada yang lain.

Sesi Webinar  Minggu 2: Uji Permintaan Produk Dalam 48 Jam

Dalam sesi webinar Minggu 2 anda akan diajar 3 Step Utama untuk validate atau menguji permintaan produk atau servis kita dalam masa 48 jam tanpa perlu mengeluarkan modal.

Kenapa dalam masa 48 sahaja?

Sebabnya jika idea bisnes kita tiada permintaan, kita boleh move-on uji idea bisnes yang lain pula.

Program Formula MB2000 ini tidak mahu anda terlalu membuang masa berfikir tentang idea bisnes sahaja.

Semua produk atau servis boleh dijual tetapi adakah ianya mempunyai permintaan yang tinggi?

Jika permintaan suam-suam kuku sahaja, memang kita tidak mampu pergi jauh dalam bisnes.

Sesi Webinar Minggu 3: Betulkan Apa Yang Salah

Dalam sesi webinar Minggu 3 ini, tuan Faisal Abdullah akan membuat review idea-idea bisnes dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peserta-peserta Program Formula MB2000.

Bagi saya sesi ini merupakan sesi shortcut kerana anda akan ketahui lebih mendalam bagaimana untuk validate idea bisnes anda berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh peserta lain.

Walaupun sesi webinar ini sudah dijalankan sebelum ini namun jika anda menghadapi masalah mengenai validate idea bisnes, anda juga boleh menghubungi terus dalam group FB sokongan atau di FB tuan Faisal Abdullah sendiri.

Apa yang best dalam sesi webinar minggu 3 ini ialah anda sudah boleh mula menjana pendapatan sekurang-kurangnya 3 jualan!

Sesi Webinar Minggu 4: Buat RM2,000 Sebulan

Dalam sesi webinar Minggu 4 iaitu minggu terakhir, anda akan belajar beberapa strategi untuk kembangkan bisnes supaya menjana RM2,000 sebulan.

Tuan Faisal Abdullah akan menunjukkan bagaimana untuk membuat perancangan yang jelas bagi menjalankan aktiviti pemasaran bisnes kita setiap hari.

Testimoni Program Formula MB2000

Banyak peserta memberikan testimoni yang positif setelah mengikuti Program Formula MB2000 oleh tuan Faisal Abdullah ini.

Antara testimoni-testimoni peserta yang berjaya ialah:

Anda juga boleh membaca sendiri testimoni-testimoni lain di dalam salespage Program Fomula MB2000 dengan klik disini

Rumusan

Bagi saya Program Formula MB2000 merupakan program yang terbaik yang pernah dihasilkan oleh tuan Faisal Abdullah.

Jika anda ingin menceburkan diri menjadi usahawan atau ingin restart kembali bisnes anda, saya sarankan untuk khatam ilmu Formula MB2000 ini terlebih dahulu supaya anda tidak gunakan banyak modal serta tidak membazir masa berfikir tentang idea bisnes kompleks.

Semoga bermanfaat!